Thursday, December 30, 2010

tahniah kepada pasukan bola sepak MALAYSIA


Tanggal 29.12.2010 menjadi detik bersejarah kepada skuad bola sepak MALAYSIA yang dibimbing oleh k. Rajagopal apabila berjaya menjadi juara di kejohanan AFF SUZUKI CUP 2010.



Aku juga kat sini nak ucapkan tahniah kepada Safee Sali yang menjadi penjaring terbanyak di sepanjang kejohanan berlangsung. Aku harap dia dapat mengekalkan momentum ni tidak kira bermain untuk pasukan Malaysia atau Selangor.


Kat sini aku nak mengucapkan terima kasih kat Khairul Fahmi sebab berjaya menjaga gawang dengan begitu komited sekali walaupun bolos 2 kali.


Tak lupa juga pada semua pemain2 Malaysia yang bermain dengan bersungguh2 dan cemerlang sekali. Aku harap selepas ni korang tidak berhenti setakat ni jer. MALAYSIA BOLEH !!!!


Tuesday, December 28, 2010

Kekecewaan di pagi sabtu.....


Lokasi : Mesin ATM Batu Pahat

Jam : 8:30 pagi

Arah Lokasi : Pasar Karat BAtu Pahat

Arghhhh... bengang betol aku, dah la bagun pagi semata-mata nak pergi ke pasar karat. Daripada wajah aku yang suci dan murni bertukar menjadi bengang sebab bile aku nak mengeluarkan wang dari mesin ATM tu tertera di skrin yang memberi informasi yang aku tak suke. Sebab mesin ATM tu tulis mesin ini hanya mengeluarkan wang RM 50.00 sahaja. Aku nak keluarkan Rm 90.oo sebab aku ado RM 100.00 je. Maka dengan rasa berat hati aku menekan angka RM 50.00.

Sebaik saja aku melangkah ke pasar karat hati aku berputik dan berbunga-bunga semula sebab aku dapat beli baju 5 helai dengan kos yang amat murah RM 30.00, bangge dan suke nye aku waktu tu. Iye la kehidupan sebagai pelajar kat sebuah Universiti yang terlotak kat Parit Raja tu pakai baju bundle je la.