Thursday, December 30, 2010

tahniah kepada pasukan bola sepak MALAYSIA


Tanggal 29.12.2010 menjadi detik bersejarah kepada skuad bola sepak MALAYSIA yang dibimbing oleh k. Rajagopal apabila berjaya menjadi juara di kejohanan AFF SUZUKI CUP 2010.



Aku juga kat sini nak ucapkan tahniah kepada Safee Sali yang menjadi penjaring terbanyak di sepanjang kejohanan berlangsung. Aku harap dia dapat mengekalkan momentum ni tidak kira bermain untuk pasukan Malaysia atau Selangor.


Kat sini aku nak mengucapkan terima kasih kat Khairul Fahmi sebab berjaya menjaga gawang dengan begitu komited sekali walaupun bolos 2 kali.


Tak lupa juga pada semua pemain2 Malaysia yang bermain dengan bersungguh2 dan cemerlang sekali. Aku harap selepas ni korang tidak berhenti setakat ni jer. MALAYSIA BOLEH !!!!


No comments:

Post a Comment